Sila2

Klik-klik

Sunday, April 25, 2010

Yang Mana Satu Idaman Kalbu???Saya Runsinglah

http://emo.huhiho.com

Salam Sejahtera pengunjung yang budiman. Hari ini, saya si Sirap Manis ingin memperkenalkan dua perisa tambahan. Ais Kacang berperisa Strawberi dan Ais Kacang berperisa Durian. Yang mana satukah idaman kalbu?Yang pasti, dua-dua sedap belaka. Bak kata nenek saya : Enak banget dong! Eh-eh,kenapa ade yang sampai berkerut-kerut dahi tuh?? Susah sangat ke soalan saya nih?

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Hehe,pernah atau tidak anda berhadapan dengan situasi begini :'tak tahu memilih antara dua'. Kalau setakat Ais Kacang, mungkin anda boleh order kedua-duanya sekali. Tapi, bagaimanakah pula kalau nak memilih Pasangan Hidup?? Mana boleh pilih kedua-duanya! Ok, kita nyanyi jap...Kalau ku pilih di sini, Apa kata di sana, Kalau ku pilih di sana, Di sini akan terluka...haha..Jadi, bagaimanakah?? Jawapan sebenarnya ada, cuma mungkin kita tidak nampak dengan jelas. Jom bersama saya,membongkar rahsia untuk membuat satu keputusan yang tepat.

Pertama sekali,anda harus lihat siapa yang paling ambil berat tentang diri anda. Bagaimanakah? Boleh tentukan guna alat penimbang kat pasar raya tu ke? Uish, mana boleh dong! Apa kata anda lakukan sedikit ujian untuk kedua-duanya. Katakan ibu anda kurang sihat dan anda perlu segera pulang ke kampung untuk menziarahi ibu anda. Lihat siapa dulu antara mereka yang tawarkan bantuan untuk menghantar anda ataupun yang sanggup memohon cuti untuk menemani anda pulang ke kampung. Siapa yang paling dahulu menawarkan bantuan, dialah pasangan terbaik untuk anda. Namun nanti dulu, ada beberapa perkara lagi yang harus anda pertimbangkan.Erm, anda ada idea lain??sila lah kongsi. (tak baik taw kedekut ilmu,saya budak baru belajar,sila la ajar.)

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Langkah seterusnya, senaraikan semua kelebihan dan kelemahan yang anda tahu tentang kedua-duanya. Cubalah nilai dari situ mengikut pertimbangan anda. Misalnya, saya mungkin suka lelaki yang berambut lurus seperti Kacang Merah sedangkan ada yang menganggap lelaki yang berambut lurus tidak macho.hahahah..Saya juga suka lelaki yang kelakar tapi mungkin ada yang menganggap lelaki yang kelakar ini very annoying.huhu..Bagaimana pula calon pilihan anda???(sila jawab di ruangan komen) Jadi, terpulanglah pada anda untuk menilai mengikut kesukaan dan kesesuaian dengan anda. Namun, kalau masih ragu-ragu ,cuba langkah seterusnya.

Anda juga harus tahu pula siapa yang paling setia antara mereka. Bagaimana caranya? Mudah saja! Minta bantuan teman-kawan-sahabat yang tidak pernah kedua-duanya kenali menyamar sebagai secret admire.(sila hubungi saya jika kamu perlukan khidmat saya untuk menyamar...haha). Kononnya ingin berkenalan dengan lebih dekat. Anda juga boleh lakukan sendiri. Caranya? erm...fikir-fikirkanlah...hehe,Anda ada idea??(Mari kongsikan dengan saya ) .Melalui cara ini, anda pasti dapat jawapan siapa yang lebih setia antara mereka berdua.Hanya orang yang setia layak menerima cinta anda, sebaliknya orang yang tidak setia tidak patut dibalas cintanya kerana dia tidak pandai menghargai nilai KASIH SAYANG orang yang mencintainya.

Akhir sekali, perhatikan antara mereka berdua siapa yang paling menghormati keluarga anda dan yang menjadi pilihan keluarga anda. Anda harus ingat bahawa perkahwinan yang bahagia memerlukan doa restu daripada ibu bapa dan keluarga. Jadi, sebaiknya anda mendapatkan pandangan dari orang tua anda tentang kedua-duanya dan percayalah bahawa ibu bapa kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Buat yang Muslim, berdoa dan bertawakallah selepas berusaha. Lakukan solat istikharah. Itulah cara yang terbaik. Mohon pada Allah, semoga ditemukan jawapan terhadap masalah yang membelenggu akal & fikiran ini. Andai tak tahu caranya, sila lah kunjungi kedai buku berhampiran. Dapatkan buku panduan Solat-Solat Sunat. Mungkin juga boleh mendapatkan panduan dari ustaz & Ustazah mahupun rakan-rakan yang boleh diyakini.

Akhir kata,jangan biarkan kedua-duanya terus menanti dan menunggu.Buatlah satu keputusan yang tepat dan percayalah pada hati.

Eh-eh,panjang lak saya membebel.Anda setuju dengan saya?? Sila la komen entri pertama saya...
Ops,Saya nak amek order nih..anda sudah fikirkan??Nak strawberi ke durian? Sila..sila...sila order...
hehe.

21 comments:

  1. entry nih bagus tapi agak panjang lah....
    mungkin ada cara kasikan dia lebih padat
    apa2pun topik nih menarik
    huhuu

    sebenarnya banyak benda kita boleh ujia pasangan kita
    tapi apa2pun mintalah pertolongan dari Allah supaya kita buat pilihan yang betul

    Thumbs up untuk kamu

    ReplyDelete
  2. saya pilih strawberry..hehe

    soal jodoh,cinta,pasangan hidup ni mmg complicated.. lain org lain cara.. se2tengah org pilih pasangan hidup ikut nafsu,paras rupa,wang,mata kelabu.. sepatutnya nilai se2org tu dari keikhlasan,jujur,pengorbanan..

    owh baru berblogging eh? bgs2.selamat berblogging.. boleh jadikan blog mello's sebagai bahan rujukan..hehehe

    takpe,slow2 ye? step by step.. salam kenal.

    mello

    http://www.mushmello.com/

    ReplyDelete
  3. jgn kata nak pilih jodoh, hatta nak pilih tempat parking kalau ada 2 pilihan pun susah...huhu

    ReplyDelete
  4. hans:

    terima kasih sudi beri komen.akan dipadatkan n ditambahbaikkan selepas ini..

    Yup..Allah penunjuk jalan.

    Mekasih :)

    ReplyDelete
  5. mello:
    ais kacang strawberi siap.hehe

    mekasih sudi turun padang..saya budak perlukan tunjuk ajar.

    blog bro mmg rujukan yg bagus...yup kejujuran mmg penting..

    mekasih lagi sekali..:)

    ReplyDelete
  6. Nashays:
    hehe, btl tuh..kat mana-mana pon harus buat pilihan terbaik

    ReplyDelete
  7. strawberi sedappp,tp susah nk dpt,kat tanah tinggi je ade,durian pon sedap...ade kt kampong2 je..tp sedap2 durian,ade duri..kne pandai2 utk mendapatkan isinye..hehe
    semua terletak pada diri sendiri..

    strawberi dan durian mmg ade kelebihan dan kesedapan masing2..hehe

    ReplyDelete
  8. rizal jabai:
    ye,sungguh benar ungkapanmu itu. setiap satunya punya kelebihan tersendiri.terpulang kepada untuk memelihnya..ikut kata hati yep..

    sila..sila...sila order lagii..:)

    ReplyDelete
  9. blanje aku ice kacang wey
    aku tingin la~
    hahahahaha

    ReplyDelete
  10. nak pilih pasangan hidup? uhh! mmg susah.

    mungkin boleh rambang mata. hahaha..

    sape la pasangan aku nti ea? erk!!

    ReplyDelete
  11. nas aliff:
    boleh je...ko nk bape mangkuk..order je..nnti aku suh kacang merah bayarkan untuk ko..hehe

    ReplyDelete
  12. ASaDa RyutaRo:

    rambang mata? maksudnya mesti ade lebih dr 2 calon kan??
    takpe2,org yg baik unt org yg baik gak...

    moge jumpe jodoh yg bkenan di hati..ngee

    ReplyDelete
  13. [ : emyqa: ]:

    es kacang strawbery..sila ambil n bayar di kaunter ye..heheeh... jemput dtg lagi

    ReplyDelete
  14. suka perisa coklat..
    kah kah kah..
    yg penting psgan tu boleh bimbing i udah ler..
    suka yg pandai amek ati dgn lawak2 dia..
    tp xdela lawak je memanjang..
    bosan gak nant..
    yg sdg2 jer..

    nice post a bit panjang ler..
    tp sama je aku pun suka taip pnjg2 gak..
    hehehhe..

    asada ryutaro:
    blog org u p komen..
    blog i u xp pun komen.. :P

    ReplyDelete
  15. BaBy:
    hehe..i budak baru blaj menaip.nantti i try reduce tahap kepanjangan..

    hehe,u suke yg lawak2 juga ye? sama la kita. tapi takde sama cam Mr.Bean (En.Kacang)..tu mmg i sekeh2 je nanti...:)

    ops..u gado ngan asada ryutaro lak ke nih? takpe2,nnti i tolong smpaikan pesan u ke dia..:)

    thanks anyway

    ReplyDelete
  16. salam ziarah..
    perk0ngsian yG bagus..juz sy terpanggil untuk menambah perisa, pelengkap rasa..
    Islam da mGajar kita s0al memilih pasangan, dlm hadith baginda Nabi yg mahsyur ada mnyebut perempun (termasuk la lelaki kalu p0mpuan) dipilih berdasarkan rupa, harta, keturunan & agama..pilih yG paling bagus agamanya..

    bagus agama bukan cuma dalam s0al melengkapkan syariatullah, tp juga sunnatullah..iaitu fitrah manusia yG suka dicintai, suka yG setia, memahami serta segala sudut berkaitan s0al hati & em0si seperti yG anda nukilkan di sini.. =)

    ReplyDelete
  17. Azrai Ahmad Zamri :
    salam kembali..
    terima kasih atas perkongsian saudara..

    oh ya,mmg fitrah manusia inginkan yg baik-baik dlm memilih pasangan

    terima ats perkongsian yg sgt bagus:)

    ReplyDelete
  18. errk..
    di london takda durian..
    strawberry jer ada.
    apa2pun kl nk wt plihn antra dua, sllu nya sy akn smbhyg sunat istikharah..
    bg Allah yg tnjukkan jalan..

    ReplyDelete
  19. Long Haffiz Long Hassan :
    hehe..leh la order strawberi dr london ea?

    erm..cra yg bagus..mekasih sudi berkongsi

    ReplyDelete
  20. sirap manis...sy nk perisa strawberry...tp kalo ade vanilla lg sy sukew...boleyh buat x? (*_~)

    ReplyDelete

Ais kacang idaman hati,harap sudi mengkomen entri.