Salam Sejahtera pengunjung yang budiman. Hari ini, saya si Sirap Manis ingin memperkenalkan dua perisa tambahan. Ais Kacang berperisa Strawberi dan Ais Kacang berperisa Durian. Yang mana satukah idaman kalbu?Yang pasti, dua-dua sedap belaka. Bak kata nenek saya : Enak banget dong! Eh-eh,kenapa ade yang sampai berkerut-kerut dahi tuh?? Susah sangat ke soalan saya nih?
Hehe,pernah atau tidak anda berhadapan dengan situasi begini :'tak tahu memilih antara dua'. Kalau setakat Ais Kacang, mungkin anda boleh order kedua-duanya sekali. Tapi, bagaimanakah pula kalau nak memilih Pasangan Hidup?? Mana boleh pilih kedua-duanya! Ok, kita nyanyi jap...Kalau ku pilih di sini, Apa kata di sana, Kalau ku pilih di sana, Di sini akan terluka...haha..Jadi, bagaimanakah?? Jawapan sebenarnya ada, cuma mungkin kita tidak nampak dengan jelas. Jom bersama saya,membongkar rahsia untuk membuat satu keputusan yang tepat.
Pertama sekali,anda harus lihat siapa yang paling ambil berat tentang diri anda. Bagaimanakah? Boleh tentukan guna alat penimbang kat pasar raya tu ke? Uish, mana boleh dong! Apa kata anda lakukan sedikit ujian untuk kedua-duanya. Katakan ibu anda kurang sihat dan anda perlu segera pulang ke kampung untuk menziarahi ibu anda. Lihat siapa dulu antara mereka yang tawarkan bantuan untuk menghantar anda ataupun yang sanggup memohon cuti untuk menemani anda pulang ke kampung. Siapa yang paling dahulu menawarkan bantuan, dialah pasangan terbaik untuk anda. Namun nanti dulu, ada beberapa perkara lagi yang harus anda pertimbangkan.Erm, anda ada idea lain??sila lah kongsi. (tak baik taw kedekut ilmu,saya budak baru belajar,sila la ajar.)
Langkah seterusnya, senaraikan semua kelebihan dan kelemahan yang anda tahu tentang kedua-duanya. Cubalah nilai dari situ mengikut pertimbangan anda. Misalnya, saya mungkin suka lelaki yang berambut lurus seperti Kacang Merah sedangkan ada yang menganggap lelaki yang berambut lurus tidak macho.hahahah..Saya juga suka lelaki yang kelakar tapi mungkin ada yang menganggap lelaki yang kelakar ini very annoying.huhu..Bagaimana pula calon pilihan anda???(sila jawab di ruangan komen) Jadi, terpulanglah pada anda untuk menilai mengikut kesukaan dan kesesuaian dengan anda. Namun, kalau masih ragu-ragu ,cuba langkah seterusnya.
Anda juga harus tahu pula siapa yang paling setia antara mereka. Bagaimana caranya? Mudah saja! Minta bantuan teman-kawan-sahabat yang tidak pernah kedua-duanya kenali menyamar sebagai secret admire.(sila hubungi saya jika kamu perlukan khidmat saya untuk menyamar...haha). Kononnya ingin berkenalan dengan lebih dekat. Anda juga boleh lakukan sendiri. Caranya? erm...fikir-fikirkanlah...hehe,Anda ada idea??(Mari kongsikan dengan saya ) .Melalui cara ini, anda pasti dapat jawapan siapa yang lebih setia antara mereka berdua.Hanya orang yang setia layak menerima cinta anda, sebaliknya orang yang tidak setia tidak patut dibalas cintanya kerana dia tidak pandai menghargai nilai KASIH SAYANG orang yang mencintainya.
Akhir sekali, perhatikan antara mereka berdua siapa yang paling menghormati keluarga anda dan yang menjadi pilihan keluarga anda. Anda harus ingat bahawa perkahwinan yang bahagia memerlukan doa restu daripada ibu bapa dan keluarga. Jadi, sebaiknya anda mendapatkan pandangan dari orang tua anda tentang kedua-duanya dan percayalah bahawa ibu bapa kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Buat yang Muslim, berdoa dan bertawakallah selepas berusaha. Lakukan solat istikharah. Itulah cara yang terbaik. Mohon pada Allah, semoga ditemukan jawapan terhadap masalah yang membelenggu akal & fikiran ini. Andai tak tahu caranya, sila lah kunjungi kedai buku berhampiran. Dapatkan buku panduan Solat-Solat Sunat. Mungkin juga boleh mendapatkan panduan dari ustaz & Ustazah mahupun rakan-rakan yang boleh diyakini.
Akhir kata,jangan biarkan kedua-duanya terus menanti dan menunggu.Buatlah satu keputusan yang tepat dan percayalah pada hati.
Eh-eh,panjang lak saya membebel.Anda setuju dengan saya?? Sila la komen entri pertama saya...
Ops,Saya nak amek order nih..anda sudah fikirkan??Nak strawberi ke durian? Sila..sila...sila order...hehe.